Bahan-bahan (50 biji papercup medium)(Tapi yuyu wat guna papercup besar dapat dalam 20 biji)
• 3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
• 275 gm tepung gandum
• 220 gm gula halus
• 150 ml susu segar@susu cair
• 3 sudu teh baking powder
• 1 sudu kecil ovalette
• filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
• pewarna
Cara-cara
1. masukkan semua bahan apam kedal mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang ( tp yuyu xde mixer,jg yuyu guna tenaga kudrat yg ada untuk kacau secara manual)
2. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
3. masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag (yuyu xde piping bag,yuyu masukkan guna sudu jer)
4. picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
5. letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan (filling dye yuyu gunakan jem strawbeery bese yg sapu kat roti tu jer...letak guna sudu je)
6. picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
7. last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak (untuk kukus pastikan bhagian bawah tutup tu di balut kain yer supaya air kukus x jatuh pada apam badot ni)
Notakaki:
Yang ni masa 1st time yuyu wat...TAK JADI... tgok dot dot x jadi... apam dye pn x kembang... keras x payah citer la. Yuyu try baling kat lantai siap leh melantun-lantun lg... Setelah dibuat uji kaji, kesilapan nyer berpunca dari:
1. tak ikut resipi betul2... baking powder yuyu x cukup... patut letak 3 sudu...tp yuyu letak 1 sudu jer...sbb ingatkan takut kembang sgt... lepas tu susu cair pn kurang....
2. Keputusan dye, adunan jadi terlalu pekat...
3. Yuyu x balut penutup kukus tu dengan kain...jd air2 kukusan tu jatuh pada apam dot dot tu.... :)
Pengajaran:
Buat la sesuatu mengikut resipi...jgn main tibai ikut suka ati sendiri jer...hehe... SELAMAT MENCUBA KAWAN2!!! nyum num nyum tau apam ni... :)
2 comments:
ohhh! like tat one arrrr.. camtu balik kg bole laa ayu wat minimum sorang 1dozen kn... yummy...
Wah 1 dozen sorang...banyak tu...hehehe
Post a Comment