Thursday, February 23, 2012

Alasan-alasan Mereka Yang Tidak Mahu Menutup Aurat



Sejak akhir-akhir ini, saya seringkali mendapat pertanyaan yang sama mengenai isu-isu aurat. Bagaimana hendak menjawab alasan mereka yang tak nak menutup aurat? Bagaimana hendak menarik mereka memakai tudung? Bagaimana nak memberi kefahaman kepada mereka tentang aurat? Dan lain-lain lagi.

Di sini saya berusaha mengumpul alasan-alasan dan hujah-hujah balas buat si pelaku dedah aurat. Terima kasih kepada sumber berkenaan, boleh rujuk untuk jawapan penuh. Dan artikel ini bukan sahaja tertumpu pada isu bertudung, malah juga buat muslimah yang bertudung pendek, memakai sendat serta kaum muslimin sendiri yang mendedah aurat. Insyaallah semoga bermanfaat buat mereka yang tercari-cari jawapan mengenai isu ini.

1. Walaupun dedah aurat, diri masih menjaga maruah dan tidak melakukan perkara tak senonoh?

”Janganlah nilai orang dari luarannya. Don’t judge a book by its cover!”

“Walaupun tidak pakai tudung, saya tetap masih jaga solat dan menjaga tingkah laku”

 


Jawapan:

Adakah anda mendakwa diri anda mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri tanpa perlu menutup aurat? Tetapi adakah anda berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi yang melihat aurat anda mempunyai hati sesuci dan iman setinggi anda juga?

 
Langsungkah mereka tidak memberi kesan dan tidak membangkitkan nafsu serakah mereka yang berada di hadapan anda? Jadi, perlu diberi kefahaman bahawa kewajipan wanita menutup aurat bukanlah semata-mata untuk menjaga maslahat dan maruah pihak wanita itu sendiri, tetapi maslahah yang lebih besar ialah menjaga masyarakat yang berada di sekelilingnya agar tidak terfitnah disebabkan budaya mendedahkan aurat.

Betapa banyak kes-kes jenayah rogol dan cabul berpunca daripada wanita sendiri yang mempamerkan tubuh badannya yang terdedah di hadapan khalayak lelaki. Maka tutuplah aurat bukan sekadar untuk anda, tetapi juga demi kemaslahatan orang lain di sekeliling.

 
2. Perempuan yang bertudung lebih teruk daripada tak bertudung?

 
“Ala… perempuan pakai tudung pun berperangai buruk!”

“Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung!”

“Ada seorang kakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini”

“Siapa kata orang tak pakai tudung semua jahat?”

 
Jawapan:

Ungkapan anda ini seolah-olah sedang memperlekehkan insan yang sedang berusaha mentaati perintah Allah (dalam bab tutup Aurat). Apakah anda perasan bahawa anda sudah lebih baik berbanding insan yang menutup aurat tersebut apabila anda berani melafazkan ungkapan seperti itu, sedangkan anda sendiri membiarkan aurat anda terbuka?

Salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan untuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik.

 
Nabi bersabda:


Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu dia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya. (HR At-Tirmidzi)

 


3. Tidak mahu hipokrit bila bertudung?

“Bertudung ni perlukan keikhlasan…”

“Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh.”

“Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul”

 
Jawapan:

Allah swt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah WAJIB untuk menutup aurat tidak kira sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri. Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Sekiranya ikhlas dijadikan alasan maka, ramai diluar sana tidak perlu solat 5 waktu kerana sukar mencapai tahap keikhlasan yang ingin dicapai.

Perlu diingatkan, jika seseorang menutup aurat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir.

Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya, tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI.

Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat. Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki.

 
4. Menunggu seru untuk bertudung?

“Biarlah ianya datang daripada saya sendiri, bukan dipaksa sesiapa. Bila tiba masa, Insyaallah saya bertudung”

“Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang”

“Insyaallah, apabila sudah berkahwin barulah saya bersedia”

 
Jawapan:

Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin berubah? Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi.

 
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang bisa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan jangalah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka.Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” – (Surah an-Nur ayat 31)



Notakaki : 
Kepada wanita2 perhiasan dunia... Hargailah aurat anda... Cik Yuyu juga seperti anda dahulu, tidak ada kesedaran untuk menutup aurat tapi ada sesuatu kejadian yg membuatkan Cik Yuyu sedar tentang pentingnya menutup aurat... Ini yang menggerakkan Cik Yuyu untuk berkongsi dengan anda ilmu ini. Ketenangan akan dapat dirasakan bila kita menutup aurat. Percayalah dengan kata2 Cik Yuyu ini... Allah swt sentiasa ada bersama kita jika niat kita untuk kebaikkan. Berubahlah dari saat ini kerana kita tidak tahu bilakah ajal kita & mudah2an kita kembali kepada Allah swt dengan penuh keredhaan... Insyaallah :)

Wednesday, February 22, 2012

9 SITI Yang Patut Dijadikan Contoh Teladan



1 ) Siti Khadijah
  •  Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’.
2 ) Siti Fatimah
  •  Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b’kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.
3 ) Siti Aishah
  • Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.
4 ) Siti Hajar
  • Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).
5 ) Siti Mariam
  • Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.
6 ) Siti Asiah
  •  Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.
7 ) Siti Aminah
  • Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.
8 ) Siti Muti’ah
  • Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.
9 ) Siti Zubaidah
  •  Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.
* 9 Siti ini adalah petikan drpd kata2 Ustazah Siti Norbahyah Mahmood dlm rancangan Halaqah TV9 bertajuk ‘SITI IMPIAN’. Wanita2 sekalian termasuklah diri Cik Yuyu sendiri, adakah kita termasuk di antara 9 Siti tersebut? Tepuk dada, tanyalah iman :)


Lagu ni Cik Yuyu tujukan buat insan2 bernama
"WANITA"
 & juga buat Sang Adam yang sentiasa menghargai wanita :)

10 Ciri Anak Soleh / Solehah


Anak soleh & solehah itulah diimpikan oleh yang setiap ibu bapa kerana doa anak soleh adalah salah satu amalan yg tidak akan putus apabila kita kembali kepada Pencipta. 
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.”
(Hadith Sahih – Riwayat Imam Ahmad)
Kepada mereka yang bergelar ibu bapa & bakal ibu bapa, bimbinglah anak anda supaya mereka menjadi anak yg soleh. Anak yang soleh akan sentiasa mendoakan ibu & bapanya sama ada semasa ibu bapanya hidup atau pun telah meninggal dunia.

Sebab itulah Rasulullah s.a.w. menarik perhatian tentang kelebihan anak yang soleh dalam hadisnya ini, supaya ibu bapa mendidik anak-anak masing-masing dengan sebaik-baiknya sehingga anak itu menjadi orang yang berjaya di dunia dan berjaya di akhirat.

Tapi apakah ciri2 anak yang soleh & solehah? Kekadang kita sendiri tertanya2 pd diri kita, soleh & solehah kah kita? Jadi kat sini Cik Yuyu nk kongsi 10 ciri anak soleh dengan anda semua. Ni Cik Yuyu dapat dari sumber pembacaan Cik Yuyu, jd kita kongsi ilmu Allah swt ni sama2 ye... :)

1.Mempunyai iman @ aqidah yang sempurna.

2.Beramal soleh (mengamalkan perintah Allah S.W.T)
cth : sentiasa menunaikan solat,puasa,membelanja wang ke jalan Allah,berpakaian secara Islam,bergaul secara Islam dan sentiasa memastikan makanan dan minuman dari yang halal.

3.Menghormati Ibubapa,guru,orang tua,jiran & kawan.

4.Rajin beribadat kepada Allah S.W.T dan berdoa kepada-Nya.

5.Mempunyai kesedaran dan tanggugjawab beragama.

6.Sentiasa berdoa kepada ibubapa samada yang masih hidup @ telah meninggal dunia.

7.Memiliki akhlak @ moral yang baik.

8.Rajin belajar dan membaca serta tekun dalam pekerjaan/pembelajaran dan memiliki sifat tidak putus asa.

9.Berusaha dan bertawakal kepada Allah S.W.T.

10.Ikhlas,yakni melatih diri melakukan sesuatu tugas dengan ikhlas kerana Allah S.W.T. 


 

Jadi soleh & solehah kah kita? Mudah2an kita tergolong dalam golongan soleh & solehah ini. Insyaallah... Jika tidak berubahlah untuk menjadi anak yg soleh & solehah supaya kita boleh mendoakan kedua ibu bapa kita setiap hari. Dan bimbinglah anak2 anda untuk menjadi soleh & solehah supaya anak2 kita dapat mendoakan kita suatu hari nanti... Insyaallah... Tapi, ingat..... untuk mendapat anak yg soleh & solehah, kita mesti menjadi yg soleh & solehah trlebih dahulu kerana kita adalah MENTOR kepada anak2... (Tunjuk Ajar Ku SIFU!)... Inilah nasihat dari mama 12 orang anak...heee ...
Renung2kan & selamat beramal :)

Ok Jom kita hayati lagu ni...
Lagu ni sentiasa akan buat hati Cik Yuyu sayu bila tiap kali mendengarnya... :')


Istikharah CINTA

Ada seorang gadis yg dulunya hanyut dengan keindahan dunia hingga lupakan yang hakiki di akhirat kelak. Sehingga Allah swt hadirkan suatu cahaya dalam hidup dia untuk dia berubah. Cahaya yg tidak pernah jemu menasihati & membimbing dia ke jalan yg benar. Cahaya itu sentiasa menerangi hidup dia tanpa dia pernah melihat punca cahaya itu. Pada Allah swt gadis itu sentiasa berdoa agar cahaya itu sentiasa menerangi dia hingga ke syurga. Tp, 1 hari si gadis dapat merasakan cahaya tu sudah semakin gelap & jauh darinya.



Jatuh air mata gadis itu, sambil dia berkata di dalam hati "Ya Allah adakah ini rasa cinta yg kau datangkan kepadaku ?". Dalam keadaan badan & tangan yang menggeletar, gadis itu memohon petunjuk daripada Allah swt.... Kali ke 3 dari dalam hidup gadis ini melakukan sesuatu yg dipanggil "Istkharah CINTA"  kerana Allah swt tahu segalanya & rasa cinta itu datang dari Allah swt. Dengan hati yang sebak & air mata, gadis itu memohon kepada Allah di dalam istikharahnya :

" Ya Allah, sesungguhnya aku minta petunjuk yang baik dariMu, dengan ilmuMu, aku meminta kekuatan dariMu dengan kekuatanMu. Aku meminta dariMu dari kelebihanMu yang banyak, maka sesungguhnya Engkau berkuasa, aku tidak berkuasa, Engkau mengetahui & Engkaulah yang paling mengetahui perkara-perkara ghaib. Ya Allah, jika kamu mengetahui bahawa perkara ini baik untukku pada agamaku, duniaku dan kesudahan urusanku buat masa kini & masa akan datang maka tentukannya untukku & permudahkannya kepadaku, jika kamu mengetahui bahawa perkara ini tidak baik untukku pada agamaku dan duniaku & kau sudahkan urusanku buat masa kini & masa akan datang maka elakkannya dariku & elakkan diriku daripadanya, tentukanlah kebaikan untukku di mana sahaja aku berada sesungguhnya Engkau berkuasa di atas segala sesuatu. Amin Ya Rabbal Alamin... "

Suatu ketenangan dirasakan bila kita menyerahkan segalaNya pada Allah... Jika cahaya itu yg kau inginkan... Berdoalah pada Allah swt, Insyaallah dia tahu apa yg terbaik untuk anda. Ingatlah :

Kalau kita sukakan seseorang,jangan beritahu si dia.Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanyaTapi luahkan pada Allah,beritahulah Allah.Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..
Cintai Dia Dalam Diam,Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan
Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH!
Mudah-mudahan Allah memberi petunjuk kepada gadis ini... Insyaallah :')



Ok salah satu lagu fav Cik Nur ye... 
Mesti semua tanya "Siapakah Cik Nur?"
Cik Yuyu la tu... Cahaya panggil Cik Yuyu
"NUR"

Tuesday, February 21, 2012

Cukuplah Aku Mencintai Dalam Diam



Kalau kita sukakan seseorang,

jangan beritahu si dia.

Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya

Tapi luahkan pada Allah,

beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam,

Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH!
“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH.”

(Adz Dzariyat : 49)
Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.

Dan suatu jalan yang buruk.”

(Al Israa’ : 32 )

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,

Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.



Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,

namun kau tahu cintamu tak terbalas

Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu


Cukup cintai dalam diam

bukan kerana membenci hadirnya

tetapi menjaga kesuciannya

bukan kerana menghindari dunia

tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan

kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian

kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan

kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan

Memupuknya hanya akan menambah penderitaan

menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan

Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati

tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??

“.. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.

ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

(Al Baqarah : 216 )

Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,

kelak ada insan yang bakal dilukai,

Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,

nanti hati yang kecewa sendiri.



Sebaliknya,

gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,

nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,

kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan

Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan

mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan

serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya

biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya.

“Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.”

(Umar Bin Khattab ra)
If you really love her, you won’t touch her.

Not even the slightest bit.

You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.

Just hold her in your heart for a few more years ..

then you can do it the halal way

“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”

(HR. Al-Hakim)


credit to : Diarihati :)

Monday, February 20, 2012

Pesanan Untuk Jiwa Kecewa



Mungkin dirimu ditinggalkan,
Mungkin dirimu menyendiri,
Mungkin dirimu di kelilingi,
Mungkin kau hanya mencari,
Masih belum kau ketemu,
Kerana kau tidak tahu,
Apa yang sebenarnya hilang.

Mungkin kau bersedih,
Mungkin kau bergembira,
Mungkin kau biasa-biasa saja,
Namun, kosong itu masih ada.



Pernahkah?
Pada satu ketika kau menyendiri,
Tanpa sesiapa di sisi,
Kau merasa sedih, mungkin juga benci,
Benci dengan semua makhluk di sekeliling,
Kerana mereka meninggalkanmu.


Pernahkah kau bersedih kerana diri tidak dipeduli,
Kerana diri tidak sehebat manusia lain,
Lalu di situ kau terduduk,
Menangis samada luar atau dalam hati.

Tiba-tiba terdengar satu suara halus,
Yang memujuk hati agar jangan bersedih,
Yang memberitahumu bahawa kau tidak keseorangan,
Yang meyakinkanmu bahawa awan hitam akan berarak pergi,
Matahari pula akan bersinar kembali.

Dalam masa yang sama,
Ada juga satu suara garau,
Yang menyuruhmu untuk tidak mempedulikan itu semua,
Segalanya mustahil, mana mungkin ada peneman setia,
Yang sanggup mendengar segala keluh-kesahmu,
Yang sanggup memaafkan walau menggunung tinggi dosamu,
Yang sanggup menerima usahamu walaupun tidak sehebat insan lain,
Yang tidak pernah sekalipun menolak untuk berada di sisimu.


Namun, suara halus tadi itu kian sayup-sayup kedengaran,
Kemudian hilang ditenggelamkan suara garau yang menambahkan kebencian di hati,
Tanpa sedar dirimu dikemudi amarah,
Mencari kesilapan, mencari kesalahan.

Mungkin pernah,
Dirimu merasakan tiada gunanya menjadi baik,
Kerana akhirnya kau hanya dikhianati, dibenci dan dicaci maki,
Lalu kau mengalah dan ingin berubah menjadi jahat,
Lalu kau biarkan kerana mahu mengelak dari terluka.


Pernahkah kau terfikir?
Andainya Rasulullah S.A.W juga berpendirian sepertimu,
Mungkinkah Islam akan tersebar ke seluruh dunia?
Oh, itu Rasulullah S.A.W! Bukan aku,
Baginda maksum dan aku tidak.

Buat kau yang bernama diri,
Maksumnya junjungan kita,
Tidak membuatkan baginda bukan manusia,
Baginda juga punya hati juga punya perasaan,
Baginda juga punya perasaan sedih,
Juga pernah mengalirkan air mata.



Pernahkah Rasulullah S.A.W beralasan sepertimu?
Pernahkah Rasulullah S.A.W membiarkan suara garau itu menang?
Meski dituduh pelbagai macam,
Ditohmah dengan pelbagai caci-maki,
Malah diancam bunuh.

Tidak!
Baginda tidak pernah membiarkan suara garau itu menang,
Kerana baginda tahu, suara halus itu,
Adalah kasih sayang daripada Allah,
Yang seringkali insan abaikan,
Yang seringkali dinafikan,
Yang seringkali bergema dalam minda,
Namun jarang sekali dibiarkan terus bergema,
Untuk terus membasahi hati yang dahagakan cinta-Nya.




Kau tahu apa yang kau hilang?
Itulah dia, kau hilang cintamu kepada Tuhan,
Jadi, buat kau yang bernama diri,
Duduk, diam dan fikir,
Dengarlah suara halus itu,
Carilah kembali apa yang kau hilang,
Kerana hanya dengan itu,
Hatimu akan kembali terisi,
Kelak, tiada lagi lubang yang mampu suara garau itu duduki.


“Bersyukurlah andai memiliki hati yang sering dilukai, kerana dengannya kita belajar menjadi seorang yang lebih mengerti, memahami dan menghargai.”