Saturday, January 28, 2012

PadaMu Tempat Aku Mengadu....

Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan
dia akan mejadi teman menapaki hidup
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan diantara kami 
Agar kemesraan itu abadi
Dan ya Allah... ya Tuhanku yang Maha Mengasihi
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ke tepian yang sejahtera dan abadi 

Tetapi ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan...
...Dia bukan milikku 
Bawalah ia jauh dari pandanganku
Luputkanlah ia dari ingatanku
Ambillah kebahagiaan ketika dia ada disisiku 
Dan peliharalah aku dari kekecewaan
Serta ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan
Melontar bayangannya jauh ke dada langit 
Hilang bersama senja nan merah
Agarku bisa berbahagia walaupun tanpa bersama dengannya 

Dan ya Allah yang tercinta...
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya....
 
Ya Allah ya Tuhanku...
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu 
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik buatku
Karena Engkau Maha Mengetahui
Segala yang terbaik buat hambaMu ini

Ya Allah...
Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat 
Dengarlah rintihan dari hambaMu yang daif ini
Jangan Engkau biarkan aku sendirian
Di dunia ini maupun di akhirat
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman 
Supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup 
Ke jalan yang Engkau redhai
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh 
Amin... Ya Rabbal 'Alamin

Wednesday, January 25, 2012

Akhir Waktu

 

Bila aku menatap wajahmu
Sungguh ku ingin mengenalimu
Matamu bersinar bak mentari
Sungguh ku ingin dirimu


Bila kau senyum ku bahagia
Dunia kelihatan lebih indah
Kiranya kau menjadi milikku
Sungguh ku ingin mencintaimu


(korus)
Aku akan setia untuk bersama
Hingga ke akhir waktu
Tuhan jodohkanlah kita
Bahagia hingga ke akhir waktu



Notakaki : Thanks pada 'Awak' sebab dedicate lagu ni untuk Cik Yuyu... Really lurve dis song sbb melody & lyric dia sgt bermakna <3 (muke Daus ni ada iras muka awak la...)

Wednesday, January 18, 2012

Sebab ALLAH Temukan Kita Dengan Orang Yang Salah


1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya apabila kita bertemu jodoh yang sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yangg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yang kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA.

Cinta Muka Buku

Cuba teka mana girl, mana boy? hehe...

Cik Yuyu tengok sekorang ni mostly orang ada Mukabuku (FB) x kira la tua, muda, budak2 sekolah & yg sewaktu dengannya... Anak buah Cik Yuyu umo 4 tahun pun dh pandai main FB (dok men Pet Society...). Bak kata Encik Iqbal, makcik jual lepat ubi pun dh pandai wat bisnes on9, siap pakai iPad lg... (pinjam nama awk ye Encik Iqbal)

Sebenarnye apa yg best sangat pasal FB ni? Kalau Cik Yuyu ditanya persoalan mcm ni. Simple je, tempat kawan bkumpul utk borak apa2 saja yg terlintas di fikiran or saja nk borak kosong je. Maybe setengah orang mgunakannya untuk meluahkan isi hati. Namun, jgn terlebih luah. Nanti parah akibatnye.  Malu nanti. Kalau perkara biasa2 dan tak terlalu emosi, x jd masalah. Tp lebih elok elakkan dr mjadikan FB tempat utk meluahkan segala terbuku dihati...ye.

Ada orang kata FB jugak bleh digunakan untuk mencari jodoh. Kenapa? X percaya? X mustahil la. Ia perkara normal dlm hidup kita sebagai manusia. Bertemu dan jatuh cinta. Tp ptemuan bermula pkenalan dalam FB. Itulah dinamakan cinta Mukabuku (bak kata Najwa anak pakcik Latif).

Contoh macam Zed Zaidi dgn wife dia...Kenal dari FB... Sekarang dah bahagia dah... (mana aku tau bahagia? ish memandai je) Hopefully bahagia ye...amin... :)

Ni la kad kawen Zed Zaidi... Cumel je kan... Nak amik idea
ni la nak buat kad kawen... Tu pun kalo jumpa jodoh Cinta Mukabuku la ye
:)
Namun,x dinafikanlah, Cinta Mukabuku ni ada pro & contranye. Kalau jumpa pasangan yang mmg jodoh kita dan baik, syukur alhamdulillah. Pastinye hidup pun happy ending mcm cerita fairy tales gitu. Tp kalau terjumpa pasangan yg hanya nak main2kan perasaan anda. Alamatnye, merasalah jiwa raga 'terkuciwa'.

Dikecewakan hati dan perasaan, masih ok lagi. Dapat pulih melalui masa, walaupun bkn 100%. Dari merana kerana tergadai sesuatu yg bharga, itu lg payah (macam cerita 'Awang Hitam & Si Keldai Dadah' tu... cuba la cari buku cerita dongeng ni di kedai buku berhampiran anda. Confirm x jumpa..hehe). Harap2 taklah sampai ke situ ye. Jadi, haruslah berhati2 dgn org yg bermuka bertalam2 (kuih talam favorite Cik Yuyu tu) & org yg bniat jahat serta busuk hati. Mudahan kita semua dijauhkan dr org sebegini. Ok, siapa yg tengah dilamun cinta Mukabuku. Moga bahagia dan ceria selalu. Amin... Insyaallah...:)

Notakaki :
Pernah tak anda menemui cinta melalui internet? Rasanya ramai yang pernah sampai ke alam perkahwinan melalui pertemuan alam maya ni. Jadi apa pandangan anda pulak?

Sumber dari Sharinginfoz. blogspot.com








Tuesday, January 17, 2012

Kelemahanku... :(


Ketika aku mengagumi seseorang , 
aku hanya dapat memujinya….
tidak pernah hati ini berhasrat ataupun bermimpi untuk memilikinya , 
kerana aku tetaplah jiwa yang kerdil…
Telah bahagia kurasakan dari kegelapanku yang getir, 
bila jiwaku mampu mengukir dan menghampiri keindahan , 
yang hakikatnya keindahan-keindahan tersebut
 tidaklah pernah kumiliki…

'' Berubahlah.... Jadikanlah kekurangan & kelemahan diri sebagai kekuatan & pembakar semangat untuk terus menempuhi hari2 di hadapan" - by Cik Yuyu
Notakaki : Inilah lagu yg sentiasa membakar semangat Cik Yuyu ketika nak exam.... nak exam je confirm buka lagu ni... lepas tu terus tutup buku & tido sambil tersenyum.... :)

Wednesday, January 4, 2012

Kisah Dongeng


Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

(korus)
Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

(ulang korus)
p/s : Ya Allah kenapa aku selalu terasa diri ini kerdil berbanding dengan orang lain. 

Tuesday, January 3, 2012

Angan2 Si Cik Yuyu

Secara ringkas & padatnya...
Alangkah indahnya jika ada seseorang yang melamar Cik Yuyu begini
X dapat sepenuhnye begini pun x pe, janji ISLAMIC
(berangan je keje ko ni Cik Yuyu oi...)


Monday, January 2, 2012

Azam Tahun Baru Cik Yuyu...

1. Nak perbetulkan solat biar cukup 5 waktu,
supaya x ada lompong2 :)



2. Saya nak jadi wanita solehah :)


3. Saya inginkan seorang 'bidadara syurga' 
untuk mengisi kekosongan hati 


4. Macam biasa Cik Yuyu nak ada kereta sendiri...
Dapat kereta 2nd hand pun jadilah, janji senang nak bergerak

5. Cik Yuyu nak tambahkan lagi duit dalam ASB Cik Yuyu
Biar jd gunung....


notakaki : Impian Cik Yuyu tahun lepas semua hancur bersepai2. Mudah2an impian Cik Yuyu tahun ni tercapai... Insyaallah... Amin Ya Rabbalamin... :)




Sunday, January 1, 2012

Hanya Tuhan Yang Tahu

Lepas dia hilang dari hidup Cik Yuyu, Cik Yuyu selalu berdoa agar Allah dekatkanlah dia pada hidup Cik Yuyu jika dia jodohku, & jauhkanlah dia jika di bukan jodohku. Tapi makin lama, Cik Yuyu rasa dia macam makin jauh. Jadi Cik Yuyu, terima je dengan redha jika ini ketentuanNya. Cik Yuyu tahu setiap yang Allah swt rencanakan ada hikmahnya tersendiri. 

Selepas dari tu, Cik Yuyu cuba juga buka hati ini, manalah tau ada yang jumpa kunci hati ini tp x berhasil pun... Hinggalah pada 1 hari Cik Yuyu tergerak hati untuk add 'Awak' di FB (Cik Yuyu ni x add org yg x kenal kat FB ye, ni la 2nd time wat). Dan, akhirnya kita kenal, kita kenal, kita kenal & kita jadi rapat... Secara ikhlasnya saya cakap saya happy berkawan dengan 'Awak' & 'Awak' banyak merubah hidup saya ke arah positif walaupun baru je kita kenal. N d most important thing, 'Awak' ada hampir kesemua ciri2 dalam Misi Cik Yuyu. Walaupun Cik Yuyu baru kenal 'Awak' tapi rasa macam dah lama je.

Pada petang 31 Disember tahun lepas, tiba2 Cik Yuyu tersedar "Ya Allah, kau dah jauhkan 'Dia' dari aku". Kehadiran 'Awak' buat saya lupa pada 'Dia'.Dan tiba2 terdetik dalam hati Cik Yuyu "Ya Allah, alangkah indahnya kalau kau jadikan dia penyeriku sehingga ke Jannah.Amin..." Tapi, Cik Yuyu sedar, Cik Yuyu manalah sesuai dengan lelaki yang sebaik & sesempurna 'Awak'. 'Awak' ada segalanya & Cik Yuyu tau awak boleh cari yang jauh lebih sempurna dari Cik Yuyu yang cuma seorang gadis kampung ni (wahh ni dah macam cinta antara 2 darjat ni...). Lagi pun, Cik Yuyu tau, ramai gadis suka 'Awak' sebab 'Awak' sangat baik. 

Sebab tu dari hujung tahun lepas hingga awal tahun ni kekadang Cik Yuyu terasa sedih... Terasa kecik sangat diri Cik Yuyu ni. Life kita jauh berbeza...Mula2 Cik Yuyu kawan dengan 'Awak', Cik Yuyu x tau 'Awak" anak orang berada hinggalah kita berkongsi cerita. Kalo dari awal Cik Yuyu tahu 'Awak' anak orang berada, mesti kita x kan rapat macam ni. Secara honestly Cik Yuyu cakap Cik Yuyu memang 'kurang gemar' <-- (sesuai x ayat ni) kawan dengan anak orang2 kaya ni sebab Cik Yuyu akan terasa macam ni la... Terasa diri ni kecik, terasa rendah diri, terasa macam x layak je nak kawan dengan 'Awak'. Kekadang rasa malu pun ada jugak... Lagi2 bila Cik Yuyu dengar hadiah birth yang 'Awak' dapat tu, lagi terasa rendah diri. 'Awak' beruntung sangat... Alhamdulillah. Kalo Cik Yuyu ni, nak merasa Kancil 2nd hand pun payah :) Sebab tu Cik Yuyu macam lain macam sikit dengan 'Awak' dari petang tahun lepas. 

Oklah sebelum Cik Yuyu habiskan entry ni, Cik Yuyu nak cakap "Saya suka awaklah" (muke dh blushing2 ni).<-- (Cik Yuyu x mudah untuk suke orang tau) Tapi xpe, Cik Yuyu x harap lebih pun, Cik Yuyu dapat berkawan dengan 'Awak' pun, Cik Yuyu dah cukup bersyukur.Alhamdulillah Ya Allah, kau temukan lelaki sebaik dia dalam hidupku. :)

Khas Untuk 'Awak' <3