Sunday, January 1, 2012

Hanya Tuhan Yang Tahu

Lepas dia hilang dari hidup Cik Yuyu, Cik Yuyu selalu berdoa agar Allah dekatkanlah dia pada hidup Cik Yuyu jika dia jodohku, & jauhkanlah dia jika di bukan jodohku. Tapi makin lama, Cik Yuyu rasa dia macam makin jauh. Jadi Cik Yuyu, terima je dengan redha jika ini ketentuanNya. Cik Yuyu tahu setiap yang Allah swt rencanakan ada hikmahnya tersendiri. 

Selepas dari tu, Cik Yuyu cuba juga buka hati ini, manalah tau ada yang jumpa kunci hati ini tp x berhasil pun... Hinggalah pada 1 hari Cik Yuyu tergerak hati untuk add 'Awak' di FB (Cik Yuyu ni x add org yg x kenal kat FB ye, ni la 2nd time wat). Dan, akhirnya kita kenal, kita kenal, kita kenal & kita jadi rapat... Secara ikhlasnya saya cakap saya happy berkawan dengan 'Awak' & 'Awak' banyak merubah hidup saya ke arah positif walaupun baru je kita kenal. N d most important thing, 'Awak' ada hampir kesemua ciri2 dalam Misi Cik Yuyu. Walaupun Cik Yuyu baru kenal 'Awak' tapi rasa macam dah lama je.

Pada petang 31 Disember tahun lepas, tiba2 Cik Yuyu tersedar "Ya Allah, kau dah jauhkan 'Dia' dari aku". Kehadiran 'Awak' buat saya lupa pada 'Dia'.Dan tiba2 terdetik dalam hati Cik Yuyu "Ya Allah, alangkah indahnya kalau kau jadikan dia penyeriku sehingga ke Jannah.Amin..." Tapi, Cik Yuyu sedar, Cik Yuyu manalah sesuai dengan lelaki yang sebaik & sesempurna 'Awak'. 'Awak' ada segalanya & Cik Yuyu tau awak boleh cari yang jauh lebih sempurna dari Cik Yuyu yang cuma seorang gadis kampung ni (wahh ni dah macam cinta antara 2 darjat ni...). Lagi pun, Cik Yuyu tau, ramai gadis suka 'Awak' sebab 'Awak' sangat baik. 

Sebab tu dari hujung tahun lepas hingga awal tahun ni kekadang Cik Yuyu terasa sedih... Terasa kecik sangat diri Cik Yuyu ni. Life kita jauh berbeza...Mula2 Cik Yuyu kawan dengan 'Awak', Cik Yuyu x tau 'Awak" anak orang berada hinggalah kita berkongsi cerita. Kalo dari awal Cik Yuyu tahu 'Awak' anak orang berada, mesti kita x kan rapat macam ni. Secara honestly Cik Yuyu cakap Cik Yuyu memang 'kurang gemar' <-- (sesuai x ayat ni) kawan dengan anak orang2 kaya ni sebab Cik Yuyu akan terasa macam ni la... Terasa diri ni kecik, terasa rendah diri, terasa macam x layak je nak kawan dengan 'Awak'. Kekadang rasa malu pun ada jugak... Lagi2 bila Cik Yuyu dengar hadiah birth yang 'Awak' dapat tu, lagi terasa rendah diri. 'Awak' beruntung sangat... Alhamdulillah. Kalo Cik Yuyu ni, nak merasa Kancil 2nd hand pun payah :) Sebab tu Cik Yuyu macam lain macam sikit dengan 'Awak' dari petang tahun lepas. 

Oklah sebelum Cik Yuyu habiskan entry ni, Cik Yuyu nak cakap "Saya suka awaklah" (muke dh blushing2 ni).<-- (Cik Yuyu x mudah untuk suke orang tau) Tapi xpe, Cik Yuyu x harap lebih pun, Cik Yuyu dapat berkawan dengan 'Awak' pun, Cik Yuyu dah cukup bersyukur.Alhamdulillah Ya Allah, kau temukan lelaki sebaik dia dalam hidupku. :)

Khas Untuk 'Awak' <3

No comments: