Thursday, May 10, 2012

Redha Itu Ikhlas, Pasrah Itu Menyerah






I really mean it.

Bila kita belajar untuk redha rather than pasrah,u can feel the different.Honestly.Kita tak mengharap,kita tak berkecil hati tapi sebaliknya kita lebih positif dan berlapang dada.

Dan masa tu kita akan rasa setiap perkara bukan hanya macam going back to normal tapi sebaliknya menjadi lebih baik daripada yang kebiasaannya.

Orang cakap ikhlas itu milik Allah.....ikhlas tu kita tak nampak..hanya Allah yang mampu menilai keikhlasan kita kan..jadi...apa yang mampu kita lakukan adalah menyerah kan diri kita sepenuhnya kepadaNYA kerana hanya Dia yang tahu yang terbaik untuk hamba2Nya...

Jangan difikirkan masa depan sangat sebab it will come to me later.Cik Yuyu hanya nak hargai setiap masa dan detik yang ada sekarang just to be a better person.InsyaAllah.

Notakaki : Saya belajar dari pengalaman... Pengalaman dijadikan panduan... & Panduan itu menjadikan sy tersenyum sekarang... Sy redha kalau itu terbaik untuk awak kerana sy tahu Allah swt tahu apa yang terbaik utk kita... Dan di hati ini hanya Allah yg tahu... :)



Saturday, April 28, 2012

Kek Coklat Lapis Keju

Bahan Kek Coklat Moist


Bahan A
1 cwn gula perang
1 cwn serbuk koko
1 cwn susu cair
1 cwn susu pekat 
1 cwn minyak masak



Bahan B
3/4 cwn tepung gandum
1 sudu kecik soda bikarbonat
1 sudu kecik baking powder


Bahan C
4 biji telur Gred B - Pukul hingga berbuih

Bahan Lapisan Keju

250gm cream cheese (Cik Yuyu guna Philadelphia Cream Cheese, cheese ni sedap tp mahal sikit)
60gm gula kastor / gula icing
25ml susu cair
25gm tepung gandum 
1 biji telur Gred A

Cara-caranya :
1. Satukan semua Bahan A dlm periuk. Masak atas api perlahan. Kacau selalu. Masak hgga semua larut & sebati. Bila dh mendidih ckit, bleh la tutup api. Ketepikan & biarkn sejuk.

2. Setelah sejuk, masukkn Bahan B & Bahan C ke dalam Bahan A secara berselang-seli. Kacau sebati setiap kali bahan dimasukkn. Tapiskan adunan jika nampak berketul2. Tekstur kek pn jd cantik. Adunan mmg agak cair. (Tapi Cik Yuyu pemalas, xde nk tapis2 nye...hehe)

3. Sementara tunggu bahan A yg dalam 1st step tu sejuk,kita sediakan lapisan Cheese tu ye... Masukkn semua bahan untuk lapisan cheese tu dalam mangkuk kecuali telur & pukul hgga kembang & gebu.Bila dah gebu, masukkan telur & pukul sebati tp jgn pukul lama2 tau.

4. Kemudian, masukkn 1/2 daripada adunan kek coklat ke dalam loyang yg telah digris & dipanaskn terlebih dahulu. Kukus selama 15 -20min @ hingga kek masak. 

5.Kuarkn loyang dari periuk kukusan & masukkn plak adunan cheese, kukus lg dalam 15 -20min. Pastikan lapisan cheese tu agak masak tau baru masuk lapisan seterusnya, kalau tidak nnti lapisan tu bercampur dgn lapisan atas... jd x cantik la layer dia nnti... :)

6. Kuarkn loyang & tuang plak semua aduan kek coklat. Kukus lg dlm 40min @ hingga kek masak...

7. Bila dah masak, biarkan betul2 sejuk baru keluarkan dari loyang tau. Kalo tidak nnti, kek tu pecah.

Ni rupa kek tu bila dah siap... cantikkan...
Tp. ni bukan pic yg Cik Yuyu wat... Ni pic curi dari Kak Nuri...
Yg Cik Yuyu wat, x sempat nk snap pic dah abis kena ngapppp....hehe :)

Friday, April 6, 2012

Izinkan Aku Mencintaimu



sungguh benar ku cintai mu
mesti kau tak anggap ku ada
ku tak akan menyintamu
untuk mencintai ku
ku xberharap kau cintai ku
ku xberharap kau balas cinta ku
yang ku harap kau izinkan
aku mencintai muuuuu..............


cinta ini sudah telanjur
ku miliki dari dirimu
biarkan cinta ku bersama mu
meski raga ku tak bisa bersama mu


ku tak berharap kau cintai ku
ku tak berharap kau balas cinta ku
yang ku harap kau izinkan aku mencintai mu
cinta ini sudah terlanjur 
ku milki dari dirimu
biarkan cintaku bersama mu
meski  raga ku tak bisa bersamamu.....



cinta ini sudah telanjur
ku miliki dari dirimu
biarkan cinta ku bersama mu
meski raga ku tak bisa bersama mu

Notakaki : Ditujukan buat seseorang... :)

Sunday, April 1, 2012

Hargailah Hati Wanita





Bismillaahirrahmaanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Untuk para Adam yang ''PERNAH MENGECEWAKAN'' hati perempuan secara
sengaja ataupun tidak sengaja...

Jasad yang kau pandang itu adalah seorang perempuan yang dulu hatinya engkau
permainkan..
seorang perempuan yang engkau pernah taburi banyak janji yang tidak engkau tepati..
seorang perempuan yang engkau pandang sebelah mata..
seorang perempuan yang engkau kira hanya bisa dibuat mainan..
seorang perempuan yang bisa engkau buat seenaknya..
seorang perempuan yang telah banyak engkau melakukan dosa..
seorang perempuan yang engkau kira tidak bijak..
seorang perempuan yang engkau mungkinpernah hancurkan masa depannya..
seorang perempuan yang pernah engkau berikan senyuman palsu untuknya..dan
seorang perempuan yang hakikatnya engkau belum kenal siapa dirinya yang sebenarnya..!

Engkau mungkin telah mengajaknya melakukan dosa..sedangkan kau tahu dia perempuan mulia...

Engkau pernah menghancurkan hatinya..sedangkan kau tahu dia adalah wanita yang lemah...

Engkau pernah menyakitinya..sedangkan kau tahu bahwa dia perempuan berhati lembut...

Engkau mengotori cintanya..sedangkan kau tahu cintanya suci...

Engkau mempermainkan hatinya..sedangkan engkau tahu dia perempuan hebat..



Sadarlah Adam..
perempuan itu pernah membahagiakanmu...
Perempuan itu pernah membuatmu tersenyum..
Perempuan itu pernah berjasa dalam hidupmu...
Perempuan itu yang pernah bimbang padamu...
Tapi..
setelah kau rasa dia tak berguna lagi dalam hidupmu..
setelah kau rasa dia tak layak lagi menjadi pendampingmu..
Setelah kau merasa bosan dengan perempuan itu..
Lalu..
kau membuangnya bagai membuang sampah di dalam tong sampah...
kau tidak tahu cara terhormat untuk membuang dia dari hidupmu..
Sedangkan kau tahu..
setelah tindakan ‘pembuangan’ mu itu akan mengundang aib terbesarmu..
iaitu..
menghancurkan seorang perempuan terhormat..!

Jika kini kau merasa berdosa..
Maka merasa berdosalah pada Allah..Pintalah ampunan dari-Nya...
Tapi jangan pernah kau lupa..kemaafan perempuan itu ternyata lebih penting.. Karena Allah sendiri tak akan mengampuni dosa-dosa mu sebelum kau meminta maaf kepadanya..

Kemaafan mungkin berat diberikan pada orang yang pernah melukai hatinya..
namun dengan memohon kemaafan sajalah kita bisa mengobati hati yang telah terluka..
kemaafan yang secara ikhlas terucap..ibarat pisau bedah yang dapat membuang segala luka emosi..

Dia tak perlu kau datang membawa bintang untuknya..
Dia tak perlu bulan yang kau bawa untuk membuktikan indah nya cinta mu..
Dan dia tak perlu angin yang kau bawa untuk menyejukan hatinya..
Tapi..
Yang dia perlu hanyalah "KESETIAAN" mu..dan
biarkan bintang terus bersinar untuk menyinari perpaduan cintanya..
di bawah gelapnya malam yang di hiasi dengan indahnya bulan..dan
di sejukan oleh tiupan angin malam yang berhembus.. 





Nukilan : Amylia Amy Mustafa 

Friday, March 30, 2012

Kisah Kejayaan Tan Sri Syed Mokhtar

Entri kali ni Cik Yuyu nak kongsi dengan rakan2 tentang sesuatu yang kita sama2 leh jadikan panduan. Artikel ni Cik Yuyu ambil dari blog rakan. Jom kita sama-sama baca dan hayati kisah kejayaan usahawan Melayu yang terkaya di Malaysia ni.

Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary merupakan seorang ahli perniagaan dan usahawan Melayu yang terkaya di Malaysia. Menurut Forbes beliau mempunyai harta bernilai AS$1.7 billion pada 2010 seterusnya menjadi orang kelapan terkaya di Malaysia pada 2010.
Tapi latest Cik Yuyu tengok, yang Malaysian Business keluarkan senarai berasaskan nilai pegangan dalam syarikat-syarikat sehingga 20 Januari 2012, Tan Sri Mokhtar kini di tangga ke lima dengan harta bernilai RM9.53 billion.... 
Beliau dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 1951 Beliau memulakan perniagaannya sebagai seorang pengusaha daging pada tahun 1970. Beliau yang juga merupakan pemilik Yayasan al-Bukhary terlibat dalam perniagaan berasaskan perladangan, pembinaan, kejuruteraan, infrastruktur dan pelabuhan.
Pada tahun 80-an, Syed Mokhtar telah beralih ke bidang pengangkutan yang telah membawa tuah kepadanya sehingga menjadi seorang antara tokoh korporat bumiputera yang terkaya di Malaysia.
Karier perniagaannya mula dikenali pada awal 90-an di Johor semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Besar. Beliau yang amat meminati bidang pengurusan dan pembangunan pelabuhan adalah salah seorang manusia yang bertanggungjawab menjadikan Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor menjadi terkenal di mata dunia dalam tempoh yang sebentar.
Tidak lama kemudian, Syed Mokhtar telah mengasaskan Yayasan (Islam) Al-Bukhary yang telah membina dan menguruskan Muzium Kesenian Islam bernilai RM70 juta di Kuala Lumpur selain banyak menjalankan kerja-kerja amal dan kebajikan terutamanya sekitar Negeri Kedah dan Perak.
Syed Mokhtar juga merupakan pemilik kepada Syarikat Gulf International Investment Group Capital (GIIG) yang mempunyai kepentingan dalam Projek Hidro Elektrik Bakun. Di samping itu, beliau mempunyai kepentingan dalam beberapa buah firma terkenal Malaysia seperti Malaysia Mining Corporation Berhad (MMC), PERNAS, Padiberas Nasional Berhad, Malakoff Berhad, Seaport Terminal Johor Sdn. Bhd., Johor Port Berhad, Impian Teladan Sdn. Bhd., Indra Cita Sdn. Bhd. dan banyak lagi.
MMC telah bergabung dengan Gamuda Berhad dan berjaya mendapatkan projek landasan keretapi berkembar bernilai RM14.5 billion sebelum ianya dibekukan oleh kerajaan kerana faktor pemulihan ekonomi. Syed Mokhtar juga dikatakan telah membeli kepentingan majoriti dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor.
Latarbelakang Ringkas Syed Mokhtar
- Tahun lahir : 1951

- Pendidikan: SPM
- Mula berniaga: umur 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
- Kekayaan: AS$1,700 juta
- Ke 8 terkaya di Malaysia
- Ke 655 terkaya di Dunia (Forbes)
- Antara syarikat miliknya: MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat
- Kereta: Proton Perdana
- Sumbangan sosial :
Yayasan Al-Bukhary, institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.


Bagaimana sumbangan sosialnya bermula?
Bila mana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun (RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan.
Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.
1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan.
berapa ramai orang kita yang berfikiran begini? tanya diri kita cukuplah.
2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.
setuju, ramai orang Melayu sekarang hanya mendampingi politik untuk kepentingan diri semata-mata.
3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya.
Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.
memang ramai nak kaya cepat, tu tak pelik ramai yang join MLM,skim cepat kaya, dan macam-macam lagi.
4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.
kenali diri kita dahulu untuk memulakan langkah seterusnya dan takut untuk melalui jalan yang susah. Susah sekarang tak semestinya susah di hadapan.
5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.
gunakan kepakaran orang lain dalam memajukan diri kita. Jangan pula kita jadi bodoh sombong.
6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.
7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.
8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.
part kesabaran ni la yang susah sikit. Sebab Cik Yuyu sendiri pun kadang-kadang hilang sabarnyer. :)
9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.
10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?
memang dah sifat manusia sukakan kemewahan. Tapi sampai bila kita nak mengejar kemewahan kan? So, kenalilah erti bersyukur.
11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.
12. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.
rezeki yang Allah berikan bila-bila masa boleh ditarik balik.
13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah .
susah nak ubah menataliti orang melayu yang penuh hasad dengki. Kadang-kadang terfikir jugak macam mana nak ubah mentaliti orang Melayu yang berfikiran macam ni kan.
14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.
15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !
16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.
17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.
18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.
19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.
20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.
21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.
22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).
23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.
24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.
25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat.

Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.


26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki) . Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.
27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.
28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.
29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.
30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.
31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.
32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.
33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.
34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.
35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.
36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.
37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.
38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.
39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.
40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.
41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.
42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.
43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.
44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.
45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.
46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.
47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.
48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.
49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.

Notakaki : Mungkin sedikit sebanyak kita boleh ambil sebagai pemangkin untuk diri kita maju ke hadapan dan terus menabur bakti kepada masyarakat kita. Susah senang  kita semua datang daripada Allah S.W.T..
Sumber : Oyak.net