Friday, February 17, 2012

Lelaki Kaya Vs Perempuan Kaya

Ada fakta yang mengatakan lelaki saja yang sanggup kahwin dengan perempuan miskin, perempuan kaya tak tentu lagi akan kahwin dengan lelaki miskin. Dah macam cerita korea pula pasal lelaki kaya dan perempuan miskin ni. Contoh lain, macam cerita Nora Elena. 


Ok, bukan pasal drama Nora Elena yang Cik Yuyu nak cakap tapi pasal lelaki kaya dan perempuan miskin atau perempuan yang sederhana ni dan tak kaya ni.  Kalau ikutkan memanglah ada perempuan kaya yang sanggup kahwin dengan lelaki miskin tapi tak ramai yang berani buat sebab:


Perempuan kaya nak jadi lebih kaya
Perempuan kan banyak nafsu sebab tu lah kekayaan antara salah satunya. Yang miskin pun mestilah ada juga terdetik cakap nak kahwin dengan orang kaya inikan pula yang sedia kaya. Takkanlah dia bodoh sangat nak sia-siakan kekayaan dia semata-mata hanya seorang lelaki.


Nanti harta dia kurang
Ada yang nak kahwin dengan lelaki miskin tapi tak banyak dan selalunya kalau ada pun mesti tak nampak sebab lelaki miskin tu dah jadi kaya. Perempuan tu dah bagi separuh dari harta dia kat lelaki tu. Contoh macam drama-drama melayu korang mesti perasan ada cerita yang pada asalnya lelaki tu miskin lepas kahwin dengan perempuan tu dia jadi senang sebab nama syarikat, nama rumah semua dah pindah milik atas nama laki tu. Tapi tak ramai perempuan yang sanggup buat camtu. Baik diorang kahwin dengan lelaki kaya je, dah tentu harta dia adalah harta dia, harta laki tu laki tu punyalah dan kadang-kadang jadi harta dia. HAHA


Perempuan kaya kebanyakannya sombong
HAHA. Ni dah macam drama. Asal perempuan tu kaya je mesti sombong, gila kuasa dan menjengkelkan. So, kalau perempuan tu dah complete dengan sifat-sifat macam ni kau ingat dia nak ke jumpa lelaki miskin? Takde maknanya..



Kemudian, kenapa pula lelaki kaya sanggup nak kahwin dengan perempuan miskin ataupun yang sederhana ni? 

Bila dah kaya mesti nak cari isteri yang baik
Lelaki kaya nak taknak kena cari perempuan yang baik dan jujur supaya harta benda dia tak kena kikis dek perempuan. Memang perempuan yang dikatakan sederhana ni lah yang selalu mengikis harta lelaki kaya dan selain itu kebanyakan perempuan miskin juga ada yang baik dan jujur atau dengan kata lain mereka pandai bersyukur sebab dah biasa hidup susah. So kena pandai-pandai carilah bro






Takyah susah-susah nak beli mekap mahal-mahal
Ha, kalau dah hidup biasa-biasa je mekap mesti tak setebal badut di jalanan. Ntah-ntah berdandan pun tak berapa nak reti. Yang cantik tu confirm lah cantik sebab natural beauty yang Allah anugerahkan kepada dia. So takde lah duit lelaki kaya ni habis membelikan awek atau isteri dia mekap je setiap bulan. Dah tentu tak pakai mekap pun dia dah sedia cantik. Agaknya kalau pakai pun tak tentu cantiknya. HAHA






Perempuan kaya tak pandai masak
Ni pun salah satu sebab lelaki kaya sanggup kahwin dengan perempuan miskin atau sederhana. Tapi Cik Yuyu tak cakaplah semua perempuan kaya ni tak pandai masak kebanyakannyalah. Lagipun ada pula masa diorang nak belajar masak dengan keadaan diorang yang serba busy dengan kerja pejabat kononnya. CEO lah katakan. Menurut fakta perempuan yang bekerjaya ni lebih busy dari lelaki yang bekerjaya. Sampai takde masa untuk orang lain (Fakta Cik Yuyu sendiri).



Macam dah tak terpikir lak Cik Yuyu pasal benda ni. HAHA. Alah, Cik Yuyu cakap banyak-banyak pun mesti ada yang tak puas hati nanti kata apa yang aku tulis ni tak betul. Jadi, mungkin ini saja yang mampu Cik Yuyu ulas. Harap takde yang terasa. Walaupun tak berapa nak banyak. 

No comments: