Wednesday, March 4, 2015

Tips Mudah Hamil



Anak atau zuriat adalah keinginan suami isteri bila berkahwin. Hati kita pasti akan terusik bila lihat orang lain menerima cahaya mata pelengkap hidup suami isteri. Kepada yang sudah lama berkahwin jangan putus asa, cuba dan cuba lagi selagi belum menopos. Tapi ingat, jangan la pula pergi cari khidmat bomoh yang syirik tu. Cubalah rawatan moden atau perubatan Islam, Insya-Allah ada rezeki dapatlah tu.


Punca tidak dapat anak ni ada macam-macam faktor. Ada yang mengandung tapi tak pernah lekat, maksudnya gugur setiap kali mengandung. Ada yang langsung tak mengandung pun boleh jadi berpunca daripada isteri dan suami juga. Jadi, bila sukar hamil jangan suruh isteri sahaja untuk checkup, suami pun kena buat medical checkup untuk pastikan dia bukan puncanya.





Terdapat 7 tips mudah hamil yang dapat membantu anda untuk mendapatkan cahaya mata:


1. Rancang waktu hubungan suami isteri anda

Salah satu tips terpenting untuk mudah hamil adalah dengan merancang waktu untuk melakukan hubungan dengan pasangan. Sperma dapat hidup selama maximum 5 hari di dalam rahim. Kerana itu untuk meningkatkan kebarangkalian terjadinya kehamilan, lakukan hubungan 2 hari sebelum masa ovulasi/ keluarnya sel telur.

Untuk mengetahui bila terjadinya ovulasi, ada beberapa cara yang dapat digunakan:

- sistem calender

- suhu tubuh basal /Body Temperature

- Pengeluaran cecair lendir serviks

- dan yang terbaru, strip penguji masa subur (biasanya dapat dibeli di farmasi terdekat)




2. Berhenti Merokok dan Minuman Beralkohol

Berdasarkan kajian yang dikeluarkan oleh ESHRE (Human Reproduction & Embryology) di Barcelona, minuman beralkohol dapat menurunkan kebarangkalian wanita untuk mudah hamil secara normal sebanyak 44%, dan 28% untuk wanita yang merokok. Bahkan merokok bukan sahaja menurunkan peratusan untuk hamil, malah ianya akan meningkatkan risiko kepada janin yang dikandungkan.




3. Ambillah Vitamin

Untuk mudah hamil, suami isteri perlu mengambil vitamin secara konsisten dan amalkan pemakanan yang berkhasiat yang diperlukan untuk membantu proses kesuburan anda. Antara contoh vitamin yang menggalakkan kesuburan ialah:-


Vitamin C – dipercayai dapat meningkatkan kualiti sperma.


Vitamin E - dapat meningkatkan kesuburan para suami dan isteri.


Dan wanita yang mengamalkan pengambilan asid folik, akan meningkatkan lagi kebarangkalian untuk cepat hamil berbanding mereka yang tidak mengambilnya. Asid folik juga berperanan penting dalam pembentukan otak janin di dalam kandungan kelak.

Bagi anda yang sedang dalam usaha untuk mudah hamil, ambillah vitamin anda bermula daripada sekarang.





4. Pilihlah Posisi yang Tepat ketika Berhubungan

Untuk pasangan yang sangat mendambakan kehadiran cahaya mata, missionary adalah posisi yang paling disarankan untuk mudah hamil. Posisi ini memungkinkan penetrasi yang cukup dalam sehingga rahim dapat menyimpan sperma untuk waktu yang lebih lama. Dan sebaiknya hindari posisi wanita di atas, kerana akan mengurangkan kemungkinan rahim untuk menyimpan sperma..




5. Kawal Berat Badan Anda

Apa yang sering kita dengar adalah mereka yang berlebihan berat badan atau gemuk agak sukar untuk hamil Tetapi sebenarnya mereka yang kekurangan berat badan juga merupakan faktor yang membuatkan anda sukar untuk hamil. Jadi sebaik-baiknya dapatkanlah berat badan yang ideal. Tidak terlalu gemuk & tidak terlalu kurus. Shaklee juga ada menyediakan set untuk mendapatkan berat badan yang ideal & sihat. Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang kawalan berat badan yang ideal.




6. Banyakkan istighfar dan bersedekah.

Kerana ini yang diajar Rasulullah ketika ada lelaki memohon cara bagaimana untuk dia dan isteri mendapatkan anak. Tak lama selepas itu, dia dikurniakan seorang anak lelaki. Dan Allah Maha Pemberi, diberi lagi 9 orang anak lelaki kesemuanya. Percaya pada Allah. In Syaa Allah..pasti anak yang dinanti akan tiba didukungan kalian.




7.Amalan berdoa kepada Allah

Yang paling utama, berdoalah sentiasa kepada Allah swt. Allah adalah sebaik-baik pengatur & dia jugalah yang memakbulkan segala doa anda. Jangan pernah berputus asa.





Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya:

Pn Yuyu

SMS/Whatsapp 017-6380010



No comments: