Friday, November 15, 2013

Apa perbezaan Vitamin SHAKLEE dengan vitamin di luar sana???

Hah... ni la yg Cik Yuyu kata nak share malam semalam...

Cik Yuyu ni jenis yg agak teliti jugak bab vitamin2 & kosmetik2 ni... Sebab sekarang tengok meletup2 orang dok jual produk2 untuk kurus la, vitamin untuk cantik la pastu berduyun2 orang beli tanpa selidik sama ada produk itu selamat atau tidak.
Bila dah makan berbotol2, 'alamak sesak nafas la', 'hah ada kandungan beracun', 'apa produk ada kesan sampingan?'.
Ingat ye kawan2 sayangilah diri anda, jangan terhantuk baru terngadah bak kata org tua2.  

Dan biasnya orang akan ckp, "saya tak ada sakit, buat apa nak makan vitamin?". Tu tanggapan yang sangat2 silap. Sebab Cik Yuyu dulu2 pun terpikir gitu juga. Vitamin bukan untuk merawat sakit ye tp ia untuk melengkapi nutrien yg diperlukan oleh tubuh & bila tubuh kita cukup nutrien, insyaALLAH kita akan  sihat.

Bila datang kesedaran nak ambil vitamin & nutrisi tambahan ni, Cik Yuyu pun survey2 la n ada try beberapa produk contohnya macam H*******e (memang memang berat turun tp harga kebabom...sy x mampu), A**** L**** SDII (yg ni lg mahal), T****** (yg ni bagus & murah tp masih x lengkap nutrien dia)& kawan skolah rendah Cik Yuyu (Mummy Tiera) dok suggestkan SHAKLEE...
Ambil masa 10bulan juga la Cik Yuyu dok selidik2 pasal SHAKLEE & kini kupilih SHAKLEE... memang terbaik.

Apa yg Cik Yuyu selidik???

Rupanya vitamin ni ada 3 jenis ye... Sintetik, Organik & Semulajadi... Ape bezanya?

Vitamin Sintetik ibarat BUAH PLASTIK
Kenapa?
Kerana ia diperbuat dari tindak balas kimia. 
Nampak sama tapi berbeza. Biasanya ia dihasilkan bg menjimatkan kos. Sebab tu vitamin sintetik yang biasanya berada dipasaran jauh lebih murah.

Vitamin organik ibarat JUS BUAH DALAM KOTAK.

Kita sentiasa disogok oleh iklan, DARI SARI JUS BUAH SEBENAR.
Tapi tanpa kita sedar kita tertipu dek iklan.
Cuba kita perah buah yg asli tanpa campur bahan2 lain, adakah rasanya sama dengan yang dalam kotak? 
Dari situ kita tau keasliannya.
Begitu juga dengan vitamin, dibuat dari bahan semulajadi tapi menjalani banyak proses sehingga khasiat semulajadinya tela hilang.
Vitamin Semulajadi ibarat BUAH SEBENAR.

Vitamin semulajadi di ekstrak dari bahan semulajadi yang asli tanpa mengalami perubahan melampau hasil dari pemprosesan oleh haba yang tinggi & pelarut kimia yang keras. Segala khasiat semulajadinya tidak hilang semasa pemprosesan.
Dan itulah SHAKLEE.

MACAM MANA NAK BEZAKAN ANTARA SEMULAJADI ATAU TIDAK???

  • Vitamin semulajadi tanpa PEWARNA
  • Vitamin semulajadi tanpa PERASA TIRUAN
  • Tanpa PEMANIS SINTETIK
  • Vitamin semulajadi biasanya harganya lebih MAHAL dari vitamin sintetik kerana kos pembuatannya yg tinggi. Tapi harganya masih berpatutan & mampu dimiliki ye.
  • Lihat pada label.Vitamin semulajadi di label 'd' dan vitamin sintetik akan dilabel 'I' atau 'dl'. Label ni biasanya boleh dijumpai pada Vitamin E.
    Cuba lihat pada ingredient Vit E Shaklee, ada tulis 'd-alpha', itu maknanya semulajadi.
  • Vitamin semulajadi tanpa SILICA GEL di dalamnya. Jika kita lihat vitamin di pasaran kebanyakkannya mempunya silica gel di dalamnya. Silica gel hanya ada dalam vitamin sintetik bagi mengelakkan vitamin itu rosak. 
Ni rupa Silica Gel yang biasanya kita jumpa dalam handbag & kotak kasut. 
  • Di dalam produk SHAKLEE hanya Vit-C Chewable & Vitalea for Children je yg mengandungi Silica Gel. Ini kerana biasanya kedua2 vitamin ni diambil oleh kanak2, jadi kanak2 tidak alert macam kita yg dewasa ni, kadang2 mereka akan mengambil vitamin ini dengan tangan yang basah.Jadi Shaklee ambil langkah awal dengan meletakkan penyerap kelembapan tersebut. 

Tapi Silica Gel SHAKLEE amat unik ye, tidak seperti silica gel biasa.

Nampak yang dalam tube putih tu, itulah silica gel Shaklee.
Kesimpulannya, Shaklee 100% semulajadi & selamat. 
Pilihan di tangan kita... 

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
Nurhidayu Kam Rudin (No. ID 1075598)
FB Miss Yuyu Health & Beauty Corner
SMS/Whatsapp ke 0176380010.

No comments: