Wednesday, November 20, 2013

ESP SHAKLEE Merbahaya ke???





Ramai yang berminat untuk mendapatkan Shaklee Energizing Soy Protein (ESP) apabila mengetahui kebaikan ESP kepada tubuh badan manusia. Namun, ada juga yang takut untuk mengambil ESP berikutan artikel berkenaan bahaya soya kepada kesihatan manusia. Saya tidak mengatakan yang artikel tersebut salah tetapi ada beberapa perkara yang perlu anda tahu dan faham mengenai kacang soya.

Tahukah apa ciri2 kacang soya yang sepatutnya kita ambil?
(1)   Ditanam secara organic
(2)   Tidak menjalani proses genetik (non-GMO:non-Genetically Modified Organism)
(3)   Mengandungi 9 asid amino penting
(4) Dalam proses pembuatan untuk menghasilkan soya yang mengasingkan, kepingan soya dihancurkan dan dibasuh dengan air, bukan alkohol
(5)   Bahan anti-thyroid/anti-pertumbuhan disingkirkan
(6)   Diproses tanpa dipanaskan
(7) Ditambah dengan kalsium (ketika minyak dikeluarkan, ia menjadi makanan berasid – dineutralkan bila kalsium ditambah)

Maklumat lanjut:

KACANG SOYA TIDAK ORGANIK (menggunakan baja kimia, pestisid, etc) – mengandungi khasiat yang rendah tapi tinggi nitrat. Kandungan nitrat yang tinggi membawa risiko KANSER!!!

KACANG SOYA GMO -  lebih murah untuk menghasilkannya, dan lebih berisiko kepada kesihatan pengguna kerana ia menghasilkan toksin!

9 ASID AMINO - adalah penting untuk proses penghasilan hormon, antibodi dan enzim. Kekurangan asid amino perlu ini menjadikan tubuh kita kurang berkesan untuk menjalankan proses-proses penting dalam tubuh.

KACANG SOYA DIPROSES DENGAN ALKOHOL – mengurangkan kadar isoflavone hingga 88%! Isoflavone adalah bahan yang mengurangkan risiko kanser. Ia juga penting dalam tindakan hormon dan jisim tulang.

BAHAN ANTI-TIROID & ANTI-PERTUMBUHAN – menyebabkan fungsi tubuh terganggu dalm meningkatkan risiko kanser.

KACANG SOYA YANG DIPANASKAN - merosakkan kandungan proteinnya!

KACANG SOYA YANG DIPROSES (DIBUANG MINYAKNYA) – menjadi berasid. Kalsium yang ditambahkan akan menjadikannya neutral semula.

ESP SHAKLEE ni selamat ke?
Memandangkan orang dok kecoh2 kata kacang soya ni tak bagus, maka ESP pun terpalitlah lumpurnya sekali. Jom kita kenal ESP SHAKLEE  :)
  • ESP SHAKLEE hanya di ekstrak dari kacang soya NON-GMO. 
  • Kacang soya yang digunakan SHAKLEE telah melalui Identity Preserved Program (IPP). Program ni memastikan soya ini semulajadi & bebas dari perubahan genetik.
  • Tiada bahan kimia untuk mempercepatkan kematangannya.
  • Soya ESP tidak diproses menggunakan alkohol. ESP Shaklee dicuci dengan air bagi memastikan kandungan isoflavene yang bleh mencegah kanser.
  • ESP Shaklee hanya disarankan untuk diambil hanya 3 sudu besar sehari agar tidak membebankan ginjal.
Soalan  Popular Mengenai SHAKLEE
1) ESP ni soya? Soya ni toksin tinggi! Taknak lah!

Soya ada 2 jenis. GMO dgn NON-GMO. (Genetically ModifiedOrganism) bermaksud kandungan genetiknya di ubah oleh manusia. Soya kat pasaran hampir semua menggunakan soya GMO. Kenapa? sbb dorg nak hasilkan banyak soya dengan cepat, jd dia ubah genetik soya. Maka ia jd cepat masak, buah lagi besar dan mcm2 lagi. Tapi ESP Shaklee, soya yg digunakan adalah NON-GMO. Daripada benih sehingga penyimpanannya, Shaklee hanya menggunakan ramuan-ramuan yang semulajadi dan berkualiti.


2) Soya agenda Israel dan sebenarnya boleh menyebabkan mandul dan kanser ?

Sebenarnya yang ramai tak tahu, bukan soya menjadi penyebab keburukan ni. Tengoklah sejak berpuluh-puluh tahun dulu, orang Jawa makan tempe diperbuat dari soya hari-hari. Kan sihat dah bijak je. Takde masalah pun walaupun makan soya hari-hari. Ye betul soya membekalkan phyto-estrogen yg boleh melemahkan kejantanan lelaki..Tapi bergantung pada kuantiti. Kalau berlebihan itu tak bagus. ESP shaklee ade maximum pengambilan, sehari 3 sudu sahaja.


3) Soya bahaya pada kanak-kanak?

Susu formula berasaskan soya itu memang tidak bagus. Sekarang kan trend org bg susu formula dari soya, kononnya tak nak susu lembu, tinggi lemak, tingggi gula. Tapi dah nama pun susu formula, utk hasilkan susu tu pun dah tahu guna bahan kimia & secara sintetik. Yang terbaik bg la susu ibu :)


4) Soya ni dakyah Yahudi je konon soya bagus padahal byk keburukan lagi!

Memang betul tp tu lebih pada soya jenis GMO bukan soya NON-GMO. Soya ni kan salah satu tumbuhan ciptaan Allah SWT jugak. Still ada khasiat pd manusia. Cuma kena pandai pilih soya. Jadi nak 100% selamat amik soya Non-GMO pada kadar berpatutan setiap hari. Ingat ye ESP shaklee max sehari 3 sudu je


Memetik perkongsian Dr Zubaidi,

"When it comes to soy, don't blame the bean, blame the processing"

Jadi, untuk dapatkan soya yang terbaik & dijamin selamat, ambillah ESP SHAKLEE.


I'm your SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
Nurhidayu Kam Rudin (No. ID 1075598)

SMS/Whatsapp ke 0176380010.

No comments: